Rasa Itik yang pelik

10/04/2015 12:30:00 PG Unknown 0 Comments

Ada Rezeki jangan ditolak

Itu lah yang terpapang dalam otak.

Minggu lalu dalam pejabat, manager bawa 3ekor itik dan tanya, "Nak itik tak? Saya da beli extra nih" (Dalam bahasa cina)

Rasa segan nak terima offer, aku cuba menolak dengan alasan, duit gaji belum masuk lagi,

"Tak pa, nanti gaji bayar la, hutang dluan pun tidak apa "

Aku bagi lagi alasan tak tau macam mana nak masak itik.

"Kukus pun boleh, Goreng pun boleh"

Dalam otak dah tiada alasan lagi, jadi aku pun terima ja itik yang masih sejuk beku dalam plastik.

Sampai di rumah, tunggu hari esok baru masak, Belum ada idea cara nak masak.

3hari itik diperap dalam peti sejuk, aku membuat keputusan nak masak ala orang putih, bakar itik dalam oven.

Potong kaki, potong leher itik, Dengan rasa bersalah aku berkata dengan itik "Sorry lah ya, sa mw masak ko ni,"

Aku lihat mata itik yang dah tertutup rapat, seolah-olah tengah tidur. Perasaan seram dan sedih pun ada pada itik tu.

Bahan di rumah tidak cukup, cuma gunakan bawang besar sebagai bahan sampingan, Perap itik dengan kicap, perencah, garam dan gula.

Siap perap, sedia masukkan dalam oven.

Tengok google berapa lama nak biarkan dibakar ye?



Maklumlah, pertama kali masak itik, dulu masak ayam cara macamni juga, 

Tiiinggggg !!! Selepas satu jam menunggu.

Siap masak, aku keluarkan itik bakar. Cantik.. !! Nampak sedap. Aku panggil adik ku tuk keluar dan makan. Segera adik ku ambik nasi dan menuju arah ruang tamu. 

"Try lah, ni pertama kali masak itik, entah la macamna rasa, kalo xsedap, Tak payah makan lah" Perasaan "Sixth Sense" muncul memang adik aku tak reti makan nih.

Aku ambik peha itik gigit, rasa pelik, seperti ayam yang rasanya darah dalam daging yang hanyir. Adiku gigit pertama "Macam rasa kambing lah"

Aku jawab "Yaka?"

Gigit kedua kali, "Macam pelik lah rasa itik ni"Adik ku cakap.

"Yaka? memang pelik pun rasa itik, rasa macam hanyir, Kalo gtu jangan makan lah, bagi abang ko makan" 

Lain kali,tak nak lah masak itik, baik masak ayam jelah. Bazir. 

0 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.